SALAM UKHWAH

murrabbi jasamu dikenang..SMKKETEREH

Wednesday, April 21, 2010


ASSALAMUALAIKUM....

Sudah lama rasanya saya tidak mengupdate blog ini. Hati terlintas apabila menghapiri bulan Mei yang akan menjengah beberapa hari lagi. Bulan Mei sememangnya hari yang istimewa bagi insan-insan mulia yang bergelar pendidik. Tidak lain dan tidak bukan adalah sambutan HARI GURU. Bertarikh 16 Mei, adalah tarikh keramat dalam kamus hidup setiap guru khasnya dan amnya bagi kami yang pernah bergelar seorang pelajar....

Sememangnya tanggal 16 Mei ini amat dinantikan oleh setiap pelajar sebagai menghargai guru mereka yang amat mereka kasihi. Tidak ketinggalan diri saya sendiri. Jelasnya hari guru mengingatkan diri ini untuk menghargai jasa-jasa insan mulia iaitu guru-guru "CIKGU" yang telah banyak mencurahkan ilmu dan membimbing diri kita sehingga menjadi seorang insan yag lebih sempurna....INSYAALLAH....

Sempena bakal menyambut hari guru inisekadar ingin berkongsi kenangan moga-moga CIKGU-CIKGU yang dikasihi berada dalam lindungan-NYA dan sihat sentiasa hendaknya....

SELAMAT HARI GURU....Kemaafan di Pohon... Restu Di Pinta"....

2 comments:

umi_e said...

Salam...

Terima kasih FOLLOW ya...

zizu said...

Waalaikummussalam...sama-sama kembali:)